fbpx
SALAH memilih untuk menamatkan kontraknya lebih awal dengan meninggalkan Anfield hujung musim ini. - AFP

Al Ittihad kembali buru Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEDDAH – Gergasi Arab Saudi, Al Ittihad dilaporkan kembali menghidupkan usaha untuk mendapatkan khidmat bintang Liverpool, Mohamed Salah menjelang jendela perpindahan musim panas ini.

Perkembangan itu hadir selepas Salah mengumumkan akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim, sekali gus membuka ruang kepada perpindahan besar melibatkan pemain berusia 33 tahun itu.

Al Ittihad sebelum ini pernah mengemukakan tawaran bernilai lebih £150 juta (RM800.88 juta) pada 2023, namun ditolak Liverpool dan kini dilaporkan sedia kembali dengan tawaran baharu apatah lagi selepas kehilangan Karim Benzema yang berhijrah ke Al Hilal.

Selain Al Ittihad, hanya Al Qadsiah dilihat mampu mencabar dari segi kewangan, manakala kelab besar lain seperti Al Nassr yang dibarisi Cristiano Ronaldo, Al Ahli dan Al Hilal tidak menunjukkan minat terhadap Salah ketika ini.

Sepanjang bersama Liverpool sejak 2017, Salah telah menjaringkan 255 gol daripada 435 penampilan, menjadikannya penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman kelab itu.

Beliau juga berada di kedudukan keempat dalam senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 191 gol.

Namun, prestasinya musim ini dilihat sedikit merudum apabila digugurkan dalam beberapa perlawanan penting, selain pernah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan kelab.

Dalam masa sama, Al Ittihad juga dilaporkan memantau situasi Casemiro dari Manchester United yang bakal tamat kontrak hujung musim ini, namun keputusan mengenai masa depan Fabinho perlu dibuat terlebih dahulu.

Ketika ini, Al Ittihad menghuni tangga keenam liga domestik, namun kehadiran nama besar seperti Salah dilihat mampu mengangkat semula profil dan daya saing kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN