fbpx
Abbas Araghchi - AFP

Trump syok sendiri, Tehran tolak pelan damai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Menteri Luar Iran menyatakan semalam bahawa Tehran tidak mempunyai rancangan untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) selepas pentadbiran Presiden Donald Trump menawarkan pelan damai 15 perkara, lapor agensi berita United Press International.

Semasa temu bual dengan stesen televisyen kerajaan, Abbas Araghchi berkata, pegawai AS menghantar mesej melalui perantara selama beberapa hari.

Pegawai Washingon yang bercakap dengan akhbar The New York Times dan USA Today lewat kelmarin berkata, AS menghantar cadangan damai melalui Pakistan. Islamabad sebelum ini menawarkan untuk menjadi tuan rumah bagi rundingan antara kedua-dua negara. 

Pelan damai itu menyebut mengenai program peluru berpandu balistik dan nuklear Iran, dua ancaman utama yang disebut oleh pentadbiran Trump dan Israel atas keputusan mereka untuk menyerang Iran.

Araghchi berkata, menyampaikan mesej melalui negara-negara sahabat tidak dianggap sebagai dialog mahupun rundingan, mahupun apa-apa seumpamanya.

Beliau menambah, Iran sedang menumpukan perhatian untuk mempertahankan dirinya daripada serangan dan tidak berniat untuk berunding buat masa ini.

“Ini adalah perang Israel, manakala rakyat rantau ini dan rakyat AS membayar harga untuknya,” kata beliau.

Pegawai AS berkata, pelan damai yang dicadangkan itu termasuk menarik balik sekatan ekonomi, had ke atas program peluru berpandu Iran, menjadikan Selat Hormuz selamat dan menghentikan program nuklear Iran sebagai pertukaran untuk kerjasama mengenai tenaga nuklear awam. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN