fbpx

Salam Perantauan 25 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Walau berjauhan di perantauan, namun Aidilfitri tetap dekat di hati. Saya mengirimkan salam Aidilfitri buat keluarga tercinta di Malaysia, mama, abah, mak dan ayah serta semua yang mengenali. Doa dan ingatan sentiasa dekat. Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi kasih sayang walau dipisahkan jarak. Maaf zahir dan batin.

Daripada: Adila Fazleen Che Manan
Lokasi: Coventry, United Kingdom

 

Salam Aidilfitri dan salam perantauan daripada saya, Ras Azira Ramli, penyelidik pasca kedoktoran di University of Queensland, Australia. Walau jauh dari tanah air, namun ingatan kepada keluarga, sahabat tercinta sentiasa dekat di hati. Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan dan keberkatan buat semua.

Daripada: Ras Azira Ramli
Lokasi: University of Queensland, Australia

 

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh Muslimin Muslimat. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekolah, keluarga tercinta di Selangor, Sarawak, Johor dan semua yang mengenali kami.
Semoga Syawal tahun ini membawa rahmat dan berkat untuk kita semua.

Daripada: Hanna Safiyya dan Hanna Sumayya
Lokasi: Seoul, Korea Selatan

 

Salam Syawal, semoga Aidilfitri kali ini kita semua diberikan rahmah, dikembalikan kepada fitrah dan diberikan keampunan segala khilaf.

Daripada : Aziey
Lokasi: Alexandria University , Mesir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI