fbpx
Gambar hiasan.

Raub daerah baharu panas tahap berjaga-jaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 16 lokasi di Semenanjung mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Daerah Raub, Pahang menjadi kawasan baharu yang dilanda cuaca panas.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan-kawasan lain adalah seluruh negeri Perlis dan tujuh daerah di Kedah iaitu Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Turut terlibat kawasan Timur Laut dan utara di Pulau Pinang, Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar (Perak) dan Jerantut serta Raub (Pahang).

Daerah Pokok Sena, Pendang dan Baling, Kedah kekal mencatatkan cuaca panas Tahap 2 atau gelombang haba dengan suhu 37 sehingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun, tiada kawasan direkodkan berada pada Tahap 3 (gelombang haba ekstrem) setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI