fbpx
Pelabur perlu membuat satu pertimbangan yang wajar terhadap tawaran yang dibuat oleh Sunway Bhd. untuk mengambil alih IJM Corporation Bhd. – Gambar hiasan

Perbezaan pendapat firma penyelidikan warnai tawaran Sunway ke atas IJM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terdapat kecenderungan daripada firma penyelidikan tempatan untuk menyokong tawaran pengambilalihan oleh Sunway Bhd ke atas IJM Corporation Bhd, namun wujud juga perbezaan penilaian yang ketara dalam kalangan penganalisis.

Hong Leong Investment Bank Bhd mengekalkan saranan ‘terima’, dengan menyifatkan tawaran itu sebagai peluang keluar pada harga premium dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

MBSB Research dan TA Securities turut menyifatkan tawaran itu sebagai adil.

Namun begitu, RHB Research mengekalkan saranan ‘beli’, manakala CIMB Securities pula meletakkan penilaian lebih tinggi pada RM3.50 sesaham.

Perbezaan ini mencerminkan perdebatan lebih luas mengenai penilaian dan masa yang sesuai untuk membuat keputusan pelaburan.

Harga tawaran RM3.15 sesaham mewakili premium yang jelas berbanding harga pasaran semasa, memberi peluang kepada pelabur untuk merea­lisasikan keuntungan.

Namun, penilaian bebas me­nunjukkan nilai intrinsik IJM berpotensi lebih tinggi memangkan ia disokong oleh aset konsesi, simpanan tanah dan nilai kontrak dalam tangan.

Situasi ini menimbulkan dilema yang lazim dalam pasaran modal, sama ada me­nerima keuntungan segera atau mengekalkan pelaburan untuk masa depan.

Dalam konteks ini, pendekatan ‘raih kedua-dua’ mula mendapat perhatian kerana ia membolehkan pelabur mengimbangi antara pulangan segera dan potensi jangka panjang.

Pembabitan Sunway sebagai pemegang saham juga dilihat berpotensi menjadi pemangkin yang boleh membantu mempercepatkan pelaksanaan projek.

Pada masa sama, faktor institusi turut memainkan peranan penting.

Pemegang saham utama se­perti Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan tidak ­menyokong tawaran itu.

Selain itu, faktor luaran seperti isu berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mempengaruhi sentimen.

Akhirnya, keputusan yang dibuat memerlukan pertimbangan menyeluruh kerana ia membabitkan keseimbangan antara nilai semasa dan masa depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN