PETALING JAYA – Kenderaan rekreasi (RV) atau motorhome mendapat permintaan tinggi sempena Aidilfitri kali ini, sekali gus menjadi antara pilihan bagi mereka yang mempunyai wang dan mementingkan keselesaan ketika menempuh kesesakan pulang beraya ke kampung. Dengan sewa bermula RM500 hingga RM2,000 sehari bergantung kepada jenis RV, pengguna dapat menikmati kemudahan seperti tandas dan tempat duduk yang boleh diubah menjadi katil. Terdapat motorhome yang dilengkapi dengan perkakasan seperti ketuhar mikro, peti ais, dapur induksi, televisyen dan penyaman udara. Pengusaha RV Life……














