PETALING JAYA – Dianggarkan kira-kira lima juta rakyat membelanjakan antara RM500 juta hingga RM1 bilion bagi membeli pelbagai jenis mercun dan bunga api, demi menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Trend perbelanjaan melampau pada musim perayaan itu bukan sahaja membimbangkan, malah mendorong kepada pembaziran kerana wang ‘dibakar’ hanya untuk hiburan bersifat sementara. Antara bunga api paling laris ialah jenis ‘shoot cake’, dengan harga bermula RM20 untuk 16 das sehingga hampir RM1,000 bagi 238 das. Ia mampu menghasilkan cahaya, corak……














