fbpx
Poster yang dikongsi di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-219

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Polis Ke-219 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta para veteran.

Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM, turut menzahirkan penghargaan di atas pengorbanan anggota polis yang sentiasa bersedia menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan demi keamanan serta kesejahteraan rakyat dan negara.

Sultan Ibrahim, bertitah pengorbanan warga PDRM yang sentiasa bersedia menjalankan tugas dalam apa jua keadaan, termasuk ketika musim perayaan dan situasi kecemasan amat dihargai kerana mereka merupakan antara benteng utama keselamatan negara.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa melindungi seluruh warga pasukan polis dalam setiap tugas yang dilaksanakan.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI