LAZIMNYA, kawasan hutan yang jauh dari penempatan manusia dianggap sebagai lokasi strategik untuk ternakan madu lebah bagi mengelak serangga itu mengancam keselamatan orang di sekeliling. Bagaimanapun, dalam era pembangunan yang semakin pesat, ruang untuk ternakan madu lebah tidak lagi terbatas kepada alam semula jadi semata-mata. Hal ini kerana, syarikat Futuristic Beehive yang berpangkalan di Zagreb, Croatia telah berjaya membangunkan teknologi ternakan lebah madu di kawasan bandar secara praktikal dan mesra pengguna. Boleh diletakkan di dalam rumah, reka bentuk sarang lebah……














