fbpx
Tangkap layar keadaan jalan raya sesak malam tadi. - Kredit Foto Thezaquan

Jalan sesak, Taman Melati ke Tol Gombak ambil masa satu jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Bahang pergerakan pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri mula dirasai apabila kebanyakan laluan utama dilaporkan sesak luar biasa.

Menerusi tinjauan di media sosial, ada pengguna turut mengambil masa sehingga lebih satu jam hanya untuk bergerak dari Taman Melati ke Tol Gombak.

“1 jam tiga minit hanya untuk bergerak dari Taman Melati ke Tol Gombak,” kongsi Thezaquan.

Turut dikongsi beberapa gambar memaparkan kesesakan yang dihadapi pada tengah malam tadi.

Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Shkhaulah berkata, sebagai penduduk sekitar Gombak, dia turut terkesan dengan kesesakan tersebut.

“Saya selaku orang gombak yang raya di gombak pun merasai keperitan ini,” katanya.

Selain itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Adibah berkata, dia menempuh perjalanan selama 10 jam untuk tiba di kampung halamannya di Terengganu.

“Hai, team balik malam tadi. Selepas 10 jam tolak sahur, solat,” katanya.

Bagi WllyWnka pula, dia memilih untuk menaiki bas untuk pulang ke kampung halaman kerana tidak sanggup memandu dan menempuh kesesakan.

“Semalam balik naik bas Seremban-Terengganu sebab tak sanggup drive hadap jem. 1 tengah hari – 1 pagi, 12 jam kematu punggung siap pakej sakit pinggang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN