fbpx
BECA roda tiga berbaris di sebatang jalan di Filipina hari ini. – AFP

Kerajaan agih wang tunai, naikkan tambang tangani lonjakan kos bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Beratus-ratus pemandu beca roda tiga bermotor beratur di Manila hari ini untuk mendapatkan bantuan tunai yang mereka harap dapat memberikan kelegaan ketika harga bahan api di Filipina melonjak didorong oleh perang Asia Barat.

Sejak serangan Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran mencetuskan perang pada  bulan lalu, Filipina melaksanakan minggu kerja empat hari untuk penjawat awam, menyaksikan jadual feri dikurangkan di beberapa kawasan, dan mula meninjau untuk membeli minyak Russia.

Harga tambang hampir keseluruhan pengangkutan awam termasuk jipni yang menjadi  sandaran berjuta-juta rakyat Filipina untuk pergi bekerja setiap hari pula dinaikkan.

Namun, kenaikan itu mengecualikan ratusan ribu pemandu beca  roda tiga  yang mencari wang dengan membawa penumpang melalui lorong sempit dan berliku dengan motosikal dan gerabak kecil.

“Ini harga bahan api tertinggi pernah saya alami,” kata Romeo Cipriano yang memandu beca  roda tiga selama empat dekad.

Subsidi 5,000 peso (RM328)  ini adalah ‘lebih baik daripada tiada apa-apa’, kata lelaki berusia 60 tahun itu sambil berkata, dia tiba seawal pukul 6 pagi untuk mengelak daripada berdiri di tengah panas.

Al de Ocampo berkata, pendapatan hariannya telah berkurangan separuh daripada 1,000 peso(RM65)  kepada hanya 500 peso(RM32)  dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Bantuan tunai yang diterima tidak akan bertahan lebih dari seminggu, kata lelaki itu kepada AFP.

“Harga bahan api naik lagi hari ini tetapi tambangnya masih sama  dengan pelanggan tidak mampu membayar lebih,” kata de Ocampo.

Sementara itu Senat dijangka mengundi lewat hari itu untuk memberikan Presiden Ferdinand Marcos kuasa untuk menggantung atau mengurangkan sementara cukai eksais ke atas minyak. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN