PONTIAN – Seorang wanita menjadi penerus legasi keluarganya membuat bahulu gulung dan lapis dengan menggunakan resipi turun temurun sebagai salah satu ikhtiar untuk menambah pendapatan keluarganya sejak 80 tahun lalu. Salinda Ithnin, 50, berkata, dia mempelajari cara membuat kuih tradisional itu daripada ibunya, Ngatiah Songkerim, 76, sebelum wanita itu meninggal dunia tiga tahun lalu. Katanya, arwah ibunya diajar oleh neneknya, Allahyarham Samiten Ali Mustafa agar tradisi itu terus berkekalan. “Saya sudah 30 tahun menjual bahulu menggunakan resipi mereka setiap hari…














