SEJAK video mengajuk karakter bapa mereka tular, dua bintang muda Zaki Yamani dan Merrah nampaknya terus meletop.
Khabarnya jadual mereka padat dengan pelbagai projek bersama termasuk lagu raya selain sudah ‘ditempah’ banyak penganjur menghiburkan tetamu dalam majlis buka puasa.
Anak kepada Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Awie itu juga turut menjadi pilihan jenama popular untuk mempromosikan produk masing-masing.
Kiranya rezeki berdua lebih besar berbanding tampil solo, baguslah sebab mereka pun berbakat besar. Boleh menyanyi, berlakon dan melawak.
Dengarnya sudah ada beberapa produser filem pun tengah intai Zaki dan Merrrah. Bertuah badan. Agak-agak filem genre apa ye. Lepas terbang tinggi nanti, harap Zaki dan Merrah tetaplah membumi.
DIVA: Kagum pula dengan keasyikan lagu raya Datuk Aliff Syukri berjudul Mama Papa Raya, suara masing-masing harmoni saja.














