BAGI sesetengah orang, menamatkan maraton sejauh 42 kilometer (km) sudah dianggap pencapaian besar. Namun bagi komuniti pelari jarak jauh, cabaran sebenar bermula dalam dunia ultramaraton iaitu larian melebihi jarak maraton biasa. Acara itu menguji ketahanan fizikal dan mental pelari seperti yang dilalui oleh pelari jarak jauh dari Cheras, Kuala Lumpur, Muhammad Nazhiim Abdul Rahim ketika menyertai Sekinchan Ultra baru-baru ini. Pemuda berusia 30 tahun itu mengambil bahagian dalam kategori larian 50km yang merupakan percubaan pertamanya dalam acara ultramaraton selepas menamatkan……














