PADA awal 2024, saya memutuskan untuk melancong solo ke Sydney. Sudah lama saya mengimpikan untuk mengunjungi bandar di Australia itu dan akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan. Percutian lima hari empat malam saya bermula dengan rasa teruja yang tidak terkata. Setiba di Sydney, saya terus dihidangkan dengan pemandangan menakjubkan di sekitar pusat bandar itu. Kelihatan bangunan moden tersergam indah, jalan yang bersih dan suasana pelancong yang santai. Saya mengambil peluang berjalan kaki di kawasan Circular Quay sambil menikmati pemandangan ikonik Sydney……














