fbpx
Penyelam skuba warga China yang diselamatkan sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Setiu hari ini.

Dive master, pelatih diselamat selepas 12 jam terapung di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Dua lelaki termasuk seorang warga China yang dikhuatiri hilang sewaktu melakukan aktiviti selaman skuba di perairan Pulau Redang ditemui selamat berhampiran Pulau Yu dekat sini malam tadi.

Kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 31 dan 42 tahun ditemui terapung di perairan terbabit pada pukul 9.45 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditemui sukarelawan dalam kalangan penyelam skuba setelah 12 jam mereka dilaporkan hilang.

“Mereka ditemukan di perairan Pulau Yu kira-kira 10 batu nautika (18.52 kilometer) dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

“Kedua-dua mangsa yang diselamatkan terus dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Redang sebelum dirujuk ke Hospital Setiu dekat sini bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang jurulatih tempatan bersama pelatihnya warga China dilaporkan hilang di perairan Taman Marin Pasir Akar, Pulau Redang pada 12.45 tengah hari.

Sebelum kejadian, mereka sedang melakukan latihan selaman skuba di perairan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI