DEBAR Syawal kali ini bukan lagi tentang warna baju yang sedondon, tetapi tentang amanah dan cinta yang kini digalas kemas. Buat seketika, rindu Amira Othman pulang beraya ke pangkuan ayah ibu di Johor juga ditunda dulu. Sejak berstatus suri dan menantu September tahun lalu, langkahnya kini beralih arah, mendahului syurga suami sebelum kembali mencari aura Syawal di kampung halaman. Tahun ini menjadi tahun pertama mereka menyambut Ramadan dan Syawal sebagai pasangan yang halal, pemilik nama lengkap Nadia Amira Othman, 33,…














