Aliran trafik lebuh raya dan jalan utama seluruh negara dijangka sesak dengan kebanjiran lebih 2.3 juta kenderaan sehari sepanjang musim perayaan Aidilfitri. Ia melibatkan sebahagian besar 24 juta kenderaan yang didaftarkan aktif termasuk lebih tiga juta daripadanya berusia lebih 15 tahun. Sesuatu yang pasti, peningkatan aliran trafik pada musim perayaan ini sudah pastinya akan meningkatkan risiko kemalangan. Ia dibuktikan pada Op Selamat 24 sempena musim Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, sebanyak 9,859 kes kemalangan dengan 85 kematian telah direkodkan dalam……














