fbpx
HARIMAU Malaya masih belum dijadual bertemu mana-mana pasukan sebagai aksi pemanas badan sebelum mereka bertemu Vietnam untuk kelayakan Piala Asia. - FB MALAYSIA NT

Harimau Malaya perlu perlawanan ujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Harimau Malaya digesa melakukan aksi ‘pemanas badan’ sebagai persediaan buat pemain mengharungi aksi terakhir Kumpulan F pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Ninh Binh pada 31 Mac ini.

Penganalisis bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata, apa sahaja isu luar padang yang dihadapi oleh pengurusan skuad kebangsaan tidak boleh dijadikan alasan untuk persiapan ‘ala kadar’.

Kata Zulakbal, pertembungan menentang Vietnam nanti boleh dianggap sebagai medan terbaik untuk pulihkan maruah pasukan Harimau Malaya.

“Saya pelik juga kerana pasukan Harimau Malaya masih diam sahaja. Mungkin mereka terjejas daripada segi mental dan psikologi ketika ini (kerana isu pemalsuan dokumen pemain warisan).

“Namun, saya percaya kita kena berubah dan sepatutnya mereka sediakan perlawanan ujian sebelum aksi menentang Vietnam nanti. Walau apa sahaja keadaan sekalipun lawan tetap lawan dan mental pemain juga kena kuat,” katanya kepada Kosmo!

Skuad negara yang dikendalikan oleh Peter Cklamovski kini berada di tangga teratas Kumpulan F dengan mengutip 15 mata sekali gus berpotensi untuk layak ke Piala Asia 2027.

Vietnam yang tewas 0-4 pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun lalu adalah pencabar terdekat selepas mengumpul 12 mata di tempat kedua dengan slot automatik hanya diberikan kepada juara kumpulan.

Bagaimanapun, nasib Malaysia seperti bergantung tidak bertali selepas isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan dan masih menunggu hukuman rasmi yang bakal diberikan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Sebagai rekod, FIFA telah menjatuhkan hukuman kepada FAM dengan tujuh pemain warisan negara kekal digantung 12 bulan selepas rayuan ditolak oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN