KUALA TERENGGANU – Walaupun lumpuh kaki kanan akibat kemalangan tujuh tahun lalu, kekurangan itu bukan penghalang buat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) untuk terus berjuang mencari rezeki sebagai pengusaha nira kelapa. Bagi Ibrahim Mamat, 44, dengan kudrat sendiri, dia tetap berani memanjat pokok kelapa setinggi enam meter bagi mendapatkan nira. Menurutnya, air nira semakin mendapat permintaan tinggi terutama sepanjang bulan Ramadan sehingga mampu meraih pendapatan mencecah RM6,000 sebulan. Katanya, pada mulanya, dia hampir berputus asa selepas diuji dengan kecacatan……














