Hari ini kita sudah pun berada dalam 10 hari terakhir Ramadan dan ramai yang cuba memperbanyakkan ibadah dan memperlahankan rentak kehidupan untuk memberi ruang kepada refleksi diri. Namun dalam kehidupan moden, usaha mencari ketenangan itu sering berdepan satu cabaran baharu iaitu gangguan skrin yang tidak pernah berhenti. Ramadan lazimnya dianggap bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi realitinya hari ini, ramai berdepan satu lagi bentuk ‘puasa’ yang sukar iaitu berpuasa daripada gangguan digital. Telefon pintar sentiasa aktif dengan notifikasi kerja, mesej…














