fbpx
TAHUN ini, ungkapan 'tak sabar nak balik raya' sungguh signifikan buat Nabila Razali. Dia betul-betul tak sabar nak balik beraya di Kelantan dan ada lagu raya berjudul Tak Sabar Nak Balik Raya.

Nabila Razali seronok nak tempuh ‘jammed’ balik raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEMEGANG banyak portfolio dalam satu masa bukan hal mudah untuk diuruskan mana-mana wanita, terutama yang bekerjaya. Begitu juga yang perlu dilalui penyanyi Nabila Razali sejak mendirikan rumah tangga dan bergelar seorang ibu.

Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd Razali berkata, rutin hariannya tidak lagi sama seperti zaman anak dara yang lincah dan memberi sepenuh tenaga kepada dunia karier semata-mata.

Kini, peranannya ibarat dibahagi 10, menjadi ibu, penyanyi, pelakon dan usahawan. Tak menang tangan katanya, namun fokus utama adalah untuk anak lelakinya, Muhammad yang kini sudah berusia setahun tiga bulan.

Namun, tidak semua mampu dilakukan sendirian dan mengakui mengupah pembantu bagi membantunya menguruskan urusan harian.

“Alhamdulillah, saya ada rezeki lebih dan ada kemampuan untuk mengupah pembantu bagi memudahkan urusan harian serta menjaga anak.

“Namun, kemudahan tersebut bukan bermakna saya ‘lepas tangan’ dan tak menjaga anak sendiri.

“Cuma semua urusan lebih lancar buat masa ini,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini,

Memiliki pasangan yang memahami dan sentiasa bertolak ansur adalah satu rezeki terbesar yang ingin dimiliki oleh setiap wanita, Nabila adalah salah seorang daripadanya.

Ujar Nabila, suaminya, Nik Iruwan Nik Izani sangat memahami jadual kerjaya seninya dan sentiasa membantu menguruskan urusan lain termasuk berkaitan hal anak lelakinya, Muhammad yang kini sudah dihantar ke sekolah.

“Ada masanya kalau saya tak sempat jemput Muhammad dari sekolah, suami akan ambil peranan tersebut, tolak ansur buatkan semua urusan jadi mudah.

“Syukur saya ada keluarga dan pasukan yang memahami dan semua orang memainkan peranan masing-masing, termasuk suami yang sentiasa merestui apa sahaja yang saya lakukan,” ujarnya.

NABILA dan Nabil memeriahkan ‘pesta’ lagu raya 2026 dengan single duet berjudul Tak Sabar Nak Raya. – M. FIRDAUS M. JOHARI

Raya

Ditanya tentang sambutan raya tahun ini, bekas bintang kelahiran Akademi Fantasia itu memberitahu akan menyambut raya di kampung suaminya, di Kelantan.

“Tahun lepas saya beraya di sini jadi, kali ini giliran di Kelantan pula.

“Memang tak sabar sangat nak sambut raya memandangkan Muhammad pun sudah boleh berjalan, memang comel kalau pakai baju Melayu,” kongsinya.

Tambah penyanyi lagu Vroom Vroom itu, persiapan raya yang dilakukan tidaklah terlalu berlebih-lebih tetapi pastinya tumpuan utama.

“Persiapan biasa saja dan sama macam sebelum ini, tapi bekalan tenaga mungkin perlu ekstra sedikit sebab anak pun sudah besar. Sebenarnya saya lebih risau tentang anak bila beraya, risau dia takut tengok orang ramai.

“Di Kelantan pula ketika raya memang padat, semua orang balik kampung, penuh macam berada di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia bersyukur apabila dikurniakan suami yang mempunyai kampung jauh dari Kuala Lumpur sekali gus memberinya pengalaman berbeza pada hari raya.

“Syukur sangat dapat suami yang kampungnya jauh sebab saya memang membesar di Kuala Lumpur, beraya pun di sini juga. Jadi saya tak pernah rasa pengalaman balik kampung, meredah perjalanan jauh. Jadi, bila balik kampung dalam tempoh yang lama, saya seronok.

“Bahkan saya mula faham pengalaman orang lain balik kampung sehingga ambil masa 24 jam, ibaratnya satu Malaysia ada di Kelantan pada hari raya,” jelasnya.

MERIAH. Nabila bersama Nabil, suami serta karyawan belakang tabir yang ter;libat dengan penghasilan lagu rayanya, Tak Sabar Nak Raya!.

Lagu raya

Berkongsi tentang single raya terbaharu berjudul Tak Sabar Nak Raya, Nabila berharap lagu tersebut mendapat tempat dalam hati peminat terutama pada musim perayaan tahun ini. Menariknya, dia turut mengajak pengacara dan pelawak berkolaborasi untuk lagu raya tersebut.

“Memang saya merancang untuk mengeluarkan lagu raya tahun ini dan Tak Sabar Nak Raya yang digubah dan ditulis lirik oleh MFMF bersama Asyraf Nasir berjaya menambat hati saya.

“Pemilihan Nabil pula memang tak fikir panjang selepas saya dengar demo, saya terus cadangkan namanya dan lucunya, dia terus bersetuju walaupun belum mengetahui secara terperinci mengenai projek itu,” katanya.

Dilayan soalan mengenai jangkaan, dia mengakui kejayaan lagu raya pertama iaitu Raya Mana? yang tular dan menjadi siulan ramai sehingga hari ini memberi tekanan tersendiri.

“Alhamdulillah, lagu raya pertama Bella sebelum ini menerima sambutan yang luar biasa dan sangat positif.  Jadi untuk lagu raya kedua, pasti ada sedikit tekanan tetapi saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi.

“Cuma saya ingin tegaskan, saya tak pernah berniat untuk bersaing dengan lagu raya sendiri atau orang lain. Dapat sambutan atau tidak, semua itu adalah rezeki Tuhan sebab saya dan pasukan sudah memberi seluruh usaha,” katanya mengakhiri perbualan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI