fbpx
Tindakan Atikah Suhaimie menjemput anak-anak yatim ke majlis hari jadi anaknya, Lyla Mulan Teh baru-baru ini adalah untuk memberi momen menggembirakan kepada tetamu yang hadir.

‘Mereka sampai tak nak balik, tiada anak yatim rasa cemburu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tampil bersuara, pelakon Atikah Suhaimie menegaskan tindakannya menjemput anak-anak yatim ke majlis hari jadi anaknya, Lyla Mulan Teh baru-baru ini adalah untuk memberi momen menggembirakan kepada tetamu yang hadir.

Kata Atikah, 34, dia berasa pelik apabila ada pihak yang mempertikai tindakannya menjemput anak yatim membuatkan mereka berasa sedih kerana tidak memiliki ibu bapa.

“Saya tak pasti kenapa orang pertikaikan sambutan hari lahir bersama anak-anak yatim. Saya ingat mereka akan gembira.

“Mereka memang tak mahu balik sehingga pukul 10.30 malam. Cikgu pula kena pujuk mereka untuk pulang.

“Saya juga sempat bermain bersama sebab sewaktu kecil dulu tak pernah rasa, sekarang dapat merasa,” katanya dalam InstaStory.

Menurutnya, anak-anak yatim yang dijemput tidak mempunyai pemikiran negatif sebaliknya hanya hadir untuk meraikan dan menerima undangan.

“Sejujurnya, anak-anak ini semua tiada pemikiran negatif seperti cemburu lihat orang lain ada ibu bapa.

“Mereka bahkan sangat gembira bila dijemput makan di luar atau sambut hari jadi bersama.

“Kalian akan terkejut melihat sikap positif mereka sebab memiliki hati yang suci,” ujarnya.

Dalam hantaran berbeza, dia berharap orang ramai dapat menjemput anak-anak yatim menghadiri mana-mana acara kerana mampu memberi kebahagiaan kepada mereka.

“Saya sangat berharap kalau ada rezeki lebih, jemputlah anak-anak ini dan raikan sekali.

“Jangan dengar orang cakap, ‘kasihan nanti mereka sedih tengok orang lain’. Macam mana kita boleh tahu kalau kita sendiri tidak berada di tempat mereka?

“Percayalah, mereka sebenarnya sangat menunggu kalau ada orang jemput. Main, berbual dan yang penting dapat berseronok serta berkongsi rezeki bersama,” katanya lagi.

Terdahulu, terdapat individu yang mempersoal tindakan Atikah menjemput anak-anak yatim ke majlis hari jadi kerana bimbang mengundang rasa sedih kerana tidak memiliki momen bahagia bersama ibu bapa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN