PETALING JAYA – Jenama aksesori automotif, Kamatto memperluaskan rangkaian produknya di Malaysia menerusi pelancaran Classic II car mat yang dinaik taraf serta pewangi kereta baharu, Karoma Peach Noir dengan tawaran harga mampu milik.
Pelancaran yang berlangsung semalam itu merupakan langkah terbaharu syarikat sejak memasuki pasaran aksesori automotif tempatan beberapa tahun lalu dengan fokus untuk menjadikan karpet kereta ‘custom-fit’ lebih mudah diakses oleh pengguna.
Kamatto berkata, pada ketika itu, kebanyakan karpet kereta dijual melebihi RM300 (satu set bahagian depan dan belakang), namun Kamatto kemudiannya memperkenalkan versinya sendiri jauh lebih murah iaitu RM189.90 dengan meletakkan produk tersebut sebagai pilihan lebih berpatutan mengikut model kereta.
“Kamatto telah melayani lebih 500,000 pelanggan di seluruh negara serta membina pengikut dalam talian yang besar selain turut diiktiraf sebagai pemenang utama kategori automotif di Shopee Super Brands Award 2025 dan menerima pengiktirafan Super Excellence Brand pada tahun 2026,” katanya dalam satu kenyataan.
Classic II car mats adalah versi baharu dibangunkan daripada siri Classic terdahulu yang telah digunakan dalam ratusan ribu kenderaan di seluruh Malaysia.
Menurut syarikat itu, karpet Classic II diperbuat menggunakan bahan dari Amerika Syarikat dan Jerman bagi meningkatkan ketahanan produk.
“Permukaannya juga direka semula supaya lebih rata dan licin, memberikan rasa yang lebih selesa, terutamanya ketika pemanduan jarak jauh atau bagi pemandu yang memandu tanpa kasut. Bahagian pad tumit turut diperkukuh bagi menahan penggunaan harian dengan lebih baik.
“Teknologi paten ‘Zig-Zag Grip Tech’ milik Kamatto pula menawarkan sehingga tujuh kali ganda prestasi anti-gelincir berbanding versi sebelumnya, sekali gus membantu memastikan karpet kekal berada di tempatnya,” katanya.
Kamatto menyasarkan liputan produk yang luas dengan padanan merangkumi hampir semua model kereta utama di Malaysia termasuk Perodua, Proton, Toyota, Honda, Nissan, Mazda, Mitsubishi, Hyundai, Kia, BMW, Mercedes-Benz, Tesla dan BYD.
Pemandu juga boleh memilih daripada 10 pilihan warna lining untuk disesuaikan dengan dalaman kenderaan mereka.

Selain karpet kereta, Kamatto turut memperkenalkan Karoma Peach Noir, diformulasikan secara dalaman dengan ketahanan sehingga 60 hari dan bebas daripada alkohol, formaldehid serta toluena, bagi memenuhi keperluan pemandu yang semakin peka terhadap kualiti udara dalam kabin.
“Menggunakan ekstrak esen berasaskan tumbuhan, haruman ini direka agar seimbang dan dapat dirasai tetapi tidak terlalu kuat. Wangian ini juga mempunyai ciri penyahbau dan antibakteria, manakala reka bentuknya yang kompak membolehkan ia diletakkan di papan pemuka atau dalam pemegang cawan,” jelasnya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web rasmi Kamatto di https://kamatto.my. – KOSMO! ONLINE














