PONTIAN – Syawal yang bakal disambut kira-kira seminggu lagi membawa sinar gembira buat sepasang suami isteri apabila dapat beraya buat pertama kali di rumah baharu di bawah program Rumah Kasih Johor (RKJ). Impian Sulaiman Bachok, 58, dan isterinya, Anisah Alam, 52, untuk mempunyai kediaman sendiri akhirnya tercapai selepas lebih 20 tahun menumpang di rumah ibu bapa. Menurut Sulaiman, kediaman baharu itu dibina di atas tanah milik mereka di Kampung Parit Makuaseng, Benut, di sini. “Sekarang kami sedang berkemas dan memindahkan…














