fbpx
Beberapa klip video memaparkan tingkah laku pengemis berkenaan. - Lambe Turah

Tadi mengesot, tiba-tiba bangun berdiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang pengemis berpura-pura cacat sebelum dia tiba-tiba berdiri dan berjalan dengan normal, lapor portal berita Lambe Turah semalam.

Kejadian berlaku di kawasan Pasar Cileungsi, Bogor, wilayah Jawa Barat.

Dalam video tersebut, wanita itu pada awalnya dilihat cuma mampu mengesot seperti seseorang yang lumpuh.

Dia meminta sedekah daripada pengunjung pasar serta pegguna jalan raya yang melintas.

Namun, tidak lama selepas itu, pengemis berkenaan dilihat bergerak ke satu arah lain sebelum dia tiba-tiba berdiri dan berjalan apabila diyakini tiada orang yang memerhati.

Dia kemudian menuju ke sebuah kereta yang diparkir sebelum menukar seluar yang dipakai sebentar tadi lalu menaiki kenderaan tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Zaman sekarang, kita perlu lebih selektif dalam memberi. Niat kita memang baik, tetapi kita dieksploitasi oleh individu yang sebenarnya sihat secara fizikal,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN