fbpx
Suami kepada pelakon wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menipu dua mangsa atas urusan mendapatkan darjah kebesaran ‘Datuk’ dan tanah kurniaan dengan kerugian RM293,931.

Suami pelakon wanita didakwa tipu ‘Datuk’, jual tanah kurnia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Suami kepada pelakon wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menipu dua mangsa atas urusan mendapatkan darjah kebesaran ‘Datuk’ dan tanah kurniaan dengan kerugian RM293,931.

Tertuduh, Mohd. Apri Hazreen Mohd. Sapri, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa atas pertuduhan didapati dengan curangnya telah menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam talian ke akaun bank milik seorang penama wanita berusia 35 tahun.

Transaksi itu untuk mendapat tanah kurniaan negeri Selangor yang tidak wujud yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang jika tidak diperdayakan sedemikian.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd. Zainal menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan atas alasan menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout.

“Saya ada sembilan anak yang perlu tanggung dan isteri suri rumah serta menjaga ibu,” kata tertuduh.

Mahkamah Sesyen kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM25,000 dengan seorang penjamin bukan isteri beserta syarat tambahan.

Di Mahkamah Majistret, tertuduh yang tidak diwakili peguam pada mulanya mengaku bersalah, sebelum menukar pengakuan dan memberitahu mangsa berhutang dengannya.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berusia 49 tahun untuk membuat pembayaran wang RM23,120 untuk urusan mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk palsu.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah bank cawangan Dato’ Bandar Tunggal dan sebuah pejabat di Seremban 2 di antara 2 April hingga 12 November 2025. Mahkamah Majistret kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM3,000.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI