Lega keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumum 31 Mac ini dan bukannya waktu kemuncak raya. Tiada soalan-soalan cepumas daripada saudara mara dan mak cik-mak cik yang ‘kepochi’. Syukur apabila 413,299 calon tidak perlu mengelap peluh dan ‘bersilat’ menjawab soalan berapa A. Semuanya boleh beraya dengan riang. Bila raya orang datang ziarah sebab nak tanya khabar saudara dan kenalan yang mungkin sudah setahun tidak ditemui. Bukannya sibuk hendak bertanya masa depan anak orang. Kalau calon itu dapat banyak A sudah tentu…














