fbpx

Salam Perantauan 11 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SALAM perantauan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga terutama kepada keluarga kami di Felda Pasir Raja, Kulai, Johor dan Kampung Gajah, Kluang, Johor. Juga kepada sanak saudara dan sahabat handai yang mengenali diri kami. Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu satu kebahagiaan dan makna buat kita semua.

Daripada: Mohammad Zamri, Haziqah, Hiroki dan Yui
Lokasi: Hiroshima, Jepun

 

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Walaupun kami menyambut Syawal jauh di bumi Anbiya, hati dan doa kami sentiasa dekat bersama keluarga, guru-guru dan sahabat di tanah air. Rindu kampung halaman tetap terasa, namun semangat dan pengorbanan ini kami jadikan kekuatan untuk terus melangkah menuntut ilmu.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan buat semua. Kami juga memohon doa dan restu agar segala urusan pengajian kami dipermudahkan, dikurniakan kejayaan serta istiqamah dalam menimba ilmu.
Insya-Allah, semoga ada rezeki dan kesempatan untuk kita kembali meraikan Syawal bersama dalam suasana yang lebih bermakna.

Daripada: Pelajar Pergigian dan Perubatan Tahun 2 (Batch 2024), Fakulti Pergigian dan Fakulti Perubatan, Universiti Alexandria, Mesir
Lokasi: Universiti Alexandria, Mesir

 

KAMI para pelajar senibina, mekanikal dan kejuruteraan kimia (Universiti Alexandria, Mesir) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Salam sayang dan doa khas buat semua kaum keluarga dan sahabat handai di Selangor, Kelantan, Kedah, Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan silaturrahim untuk kita semua. Nantikan kepulangan kami tahun hadapan.

Daripada: Awie, Roky, Zeif, Meme, Nazz, Azie, Nine, Lynn, Piey, Muna dan Wea
Lokasi : Universiti Alexandria, Mesir

 

SYAWAL lebih bermakna apabila bersama dengan yang tersayang. Salam Aidilfitri dari kejauhan. Walau jauh di mata tapi tetap dekat di hati. Maaf zahir dan batin.

Daripada: Ainaa dan Ekhwan
Lokasi: Hiroshima, Jepun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN