fbpx
LIVERPOOL diramal tidak layak ke saingan UCL musim depan berdasarkan kedudukan EPL pada akhir musim ini. - AFP

EPL: Opta ramal Liverpool tersisih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Simulasi yang dilakukan oleh super komputer Opta menyaksikan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Liverpool bakal kempunan untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Menerusi 10,000 kali simulasi yang dilakukan, Opta mendapati Aston Villa adalah pasukan yang memiliki peratusan tertinggi untuk mara dan beraksi di pentas Eropah berkenaan bagi tiga slot yang berbaki ketika Arsenal dan Manchester City hampir mengesahkan tempat.

Berdasarkan ramalan tersebut Villa memiliki 80 peratus (%) peluang ke UCL biarpun mereka berdepan prestasi tidak menentu ketika ini termasuk tewas 1-4 kepada Chelsea pada aksi minggu lalu.

Pasukan keempat yang diramal mampu layak adalah Manchester United yang meraih 76.2% peluang, manakala slot terakhir bakal diisi oleh Chelsea yang meraih 65.7% untuk melengkapkan lima kelab dari EPL.

Sementara itu, Liverpool dijangka hanya mendapat 63.1% peluang untuk melayakkan diri apabila diramal berada di kedudukan keenam pada penamat musim, kecuali mereka berjaya muncul juara UCL musim ini dan mendapatkan slot automatik.

Bagaimanapun, berdasarkan kedudukan mata keempat-empat pasukan ketika ini menyaksikan perubahan mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa apabila Liverpool bakal bertemu United dan Chelsea.

Kemenangan pada kedua-dua perlawanan itu mungkin membolehkan skuad kendalian Arne Slot berpeluang untuk memintas kedudukan dan meraih penamat dalam kelompok lima terbaik untuk layak.

Kali terakhir The Reds gagal layak ke saingan UCL adalah pada musim 2023/24 apabila mereka hanya menamatkan saingan EPL di kedudukan kelima pada musim sebelum itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN