fbpx
Gambar hiasan

Peniaga batik rugi RM48,300 diperdaya tender JAS palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga kerugian RM48,300 akibat diperdaya tender pembekalan kain batik pasang tidak wujud yang kononnya dibuat Jabatan Alam Sekitar (JAS) cawangan Kuala Terengganu.

Wanita berusia 59 tahun yang menyedari tertipu tersebut telah membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 7.06 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, peniaga tersebut telah dihubungi individu tidak dikenali mendakwa kononnya pegawai JAS cawangan Kuala Terengganu menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 Mac lalu.
“Suspek membuat pesanan 50 helai kain batik pasang bernilai RM9,000. Pada masa sama, dia juga mahu mangsa membekalkan bakul senandung dan replika keris sebagai cenderamata.

“Dia juga mengesyorkan syarikat pembekal yang kononnya boleh membekalkan barangan terbabit kepada mangsa,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, peniaga terbabit yang tidak mengesyaki apa-apa kemudiannya menghubungi ‘wakil’ syarikat pembekal berkenaan.

Beliau berkata, mereka akhirnya bersetuju untuk melakukan transaksi pembekalan bernilai keseluruhan RM48,300.

“Mangsa membuat pembayaran ke akaun bank diberi suspek menerusi tiga transaksi pada semalam sebelum ‘wakil’ syarikat pembekal berkenaan terus gagal dihubungi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI