fbpx
Farihah (tiga dari kanan) menyampaikan Kotak Prihatin Perkeso kepada Nik Noratiza (dua dari kiri) di Kampung Wakaf Baru, Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

Pencen penakat Perkeso hadiah terakhir Zulharisam buat keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Balu legenda bola sepak Terengganu, Allahyarham Zulharisam Awang menyifatkan faedah pencen penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang diterimanya sebagai hadiah terakhir arwah suami buat keluarga mereka.

Nik Noratiza Nik Abd. Aziz, 47, berkata, pemergian suaminya akibat kanser hati dan usus pada 5 Februari lalu merupakan tamparan hebat buat dirinya serta tiga orang anak mereka yang berusia 12 hingga 19 tahun.

Dia yang merupakan suri rumah sepenuh masa perlu memikirkan kelangsungan hidup keluarga memandangkan ketiga-tiga anaknya masih menuntut di sekolah rendah, sekolah menengah dan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.
“Alhamdulillah ada sedikit pencen yang ditinggalkan arwah (Zulharisam) sebagai Pembantu Khidmat Am Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

“Tidak sangka dia turut mencarum dengan Perkeso. Faedah pencen penakat ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya membesarkan anak-anak yang masih belajar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Baru, Gong Badak, di sini hari ini.

Terdahulu dia disantuni Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin yang menyerahkan faedah pencen penakat sebanyak RM764.58 sebulan dan faedah pengurusan mayat sebanyak RM3,000.

Kosmo! Online 5 Februari lalu melaporkan Zulharisam yang juga kapten Terengganu sewaktu skuad Sang Penyu menjulang Piala Malaysia pada tahun 2001 meninggal dunia di rumahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI