fbpx
Logo JAS - Gambar hiasan

JAS nafi pesan 50 kain batik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) menafikan keterlibatan dalam kes penipuan berhubung tender tempahan kain batik pasang yang menyebabkan seorang peniaga kerugian RM48,300.

Berdasarkan kenyataan JAS, suspek yang disyaki terlibat memperdaya peniaga wanita berusi 59 tahun berkenaan bukanlah kakitangan JAS seperti didakwa.

“JAS ingin menegaskan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu atau pihak terlibat dalam kegiatan penipuan tersebut.
“Tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan nama JAS bagi memperdaya orang awam ini amat dipandang serius,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan membuat semakan dengan JAS terlebih dahulu sekiranya menerima tawaran khususnya melibatkan kewangan.

Menurutnya, sebarang urusan dengan JAS hanya dilaksanakan menerusi saluran komunikasi rasmi agensi berkenaan.

Terdahulu Kosmo! Online hari ini melaporkam seorang peniaga wanita berusia 59 tahun kerugian RM48,300 akibat diperdaya tender pembekalan 50 helai kain batik pasang kononnya untuk JAS cawangan Kuala Terengganu pada 3 Mac lalu.

Mangsa yang dihubungi suspek mengaku pegawai JAS turut disyorkan syarikat pembekalan cederamata yang sebenarnya tidak wujud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI