Berlalu pergi tamu tercinta,
Sang Ramadan yang menyapa jiwa yang leka.
Jiwa sayu dan sedih terasa
Namun, berharap bekalan takwa tersisa.
Laungan takbir Allahuakbar bergema,
Lambang kemenangan, meninggikan nama Yang Esa.
Namun di kala gembira jangan kita lupa,
saudara Gaza yang digugah derita.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan kepada seluruh umat Islam
Daripada: Atiqah Batrisyia Mohd Redzuan dan rakan-rakan
Lokasi: United Kingdom
KAMI anak-anak Malaysia di perantauan yang sekarang berada di bumi Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat (AS)mengirimkan salam rindu buat ibu dan ayah, isteri serta anak-anak, kaum keluarga dan sahabat di tanah air. Walau jauh beribu batu, semangat Syawal tetap kami raikan bersama dengan penuh kesyukuran dan ukhuwah. Jalur Gemilang tetap di hati, Malaysia sentiasa dekat di jiwa.
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada: Zahuri, Muhamad Najib, Feroz, Fitri, Hafiz Nadzim, Sofian, Hazwan, Khairul Anuar, Abdullah, Ahmad Shobirin, Hazman dan Alif Shazni.
Lokasi: Albuquerque, New Mexico AS
KAMI ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kita semua dapat menyambut hari raya bersama-sama dan bermaaf-maafan sesama kita.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga kami yang sentiasa menyokong perjalanan kehidupan kami dan kasih sayang yang tidak putus menemani kami di sini.
Terima kasih kepada pihak Mara yang memudahkan dan menyokong pembelajaran kami di sini. Pihak guru kami dari Kolej Mara Seremban yang banyak membantu kami demi mencapai harapan kami.
Terima kasih semua dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Daripada: Nurul Afiza Foizi dan Ainin Sofia Shahrul Nizam
Lokasi: University of Sheffield, United Kingdom
KAMI mengucapkan salam Ramadan dan selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kepada semua kaum keluarga, para guru dan sahabat di Malaysia dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Alor Setar, SMK Hamzah Machang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, KMPP dan Kota Kinabalu. Semoga raya kali ini memberikan seribu keberkatan dan kemenangan kepada kita.
Daripada : Khairulmuna Anoor
dan Nazran Nawi
Lokasi: University of East London (UEL)















