fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Is.raif di laman Threads.

‘Perempuan Melayu mana yang menyakitimu uncle’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki warga emas berbangsa Cina yang menyanyikan lagu Melayu bergenre rock ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang mencuri perhatian netizen.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @Is.raif, lelaki tersebut dilihat menyanyikan lagu Isabella yang dipopularkan kumpulan rock terkenal tanah air, Search.

Dalam rakaman tersebut, pelanggan tersebut kelihatan duduk di bahagian penumpang hadapan sebuah kereta sambil menyanyi dengan penuh perasaan.

Difahamkan lelaki berkenaan sebenarnya menyanyikan beberapa buah lagu lain sepanjang perjalanan tersebut sepanjang perjalanan ke lapangan terbang.

“Uncle (pak cik) sangat baik dan rendah diri, banyak lagu sebenarnya yang dia nyanyi tapi ni je sempat rakam,” ujarnya di ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat lelaki tersebut yang fasih menyanyikan lagu rock Melayu.

“Penyelia saya dulu nama dia Uncle Raymond, dia suka sangat-sangat lagu Isabella. Waktu makan tengahari mesti dia suruh saya pasangkan lagu tu di ‘laptop’ (komputer riba). Lagu Sheila Majid, Sinaran pun dia suka,” ujar @Nn.mry2311.

“Perempuan Melayu mana yang menyakitimu uncle,” seloroh @Esmethers. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN