MENERUSI satu hantaran Threads, seorang individu meminta netizen berkongsi cara mudah menghafal surah al-Kahfi dan al-Mulk. Soalan santai, namun membuka ruang ilmu.
Di bawah hantaran tersebut, penyanyi Aisha Retno pantas membalas dengan tip ringkas hasil amalan sendiri, malah pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam itu berkongsi antara kaedah berkesan adalah mengamalkan surah al-Mulk dalam solat harian.
Niat berkongsi ilmu sepatutnya diraikan, tetapi ada pula netizen sinis melabelnya munafik hanya kerana penampilan sering terdedah selain tidak berhijab.
Diva geleng kepala. Terimalah isi nasihat, bukan sibuk menilai si pemberi. Ilmu tetap ilmu, walau datang daripada sesiapa.
DIVA: Syok betul sentuhan orkestra dalam lagu raya Aina Abdul berjudul Kita yang dilancar semalam, meremang bulu roma!














