fbpx
ARTETA (kiri) berharap Saliba tidak mengambil masa lama untuk kembali beraksi di atas padang selepas ini. - AFP

Arteta bimbang hilang khidmat Saliba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta risau jika pertahanan utama, William Saliba tidak sempat untuk cergas sepenuhnya pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pusingan 16 terbaik menentang Bayer Leverkusen pada awal pagi Khamis depan.

Sebagai rekod, Saliba mengalami kecederaan ketika pertemuan menentang Chelsea minggu lalu sehingga disisihkan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton dan aksi Piala FA, semalam.

Menurut Arteta, kecederaan terkini yang dialami pemain antarabangsa Perancis itu tidak berkait dengan masalah buku lali yang pernah menjejaskan rentaknya pada awal musim ini.

“Tidak, ia pada bahagian yang lain. Selepas perlawanan, kami menyangka ia sama kerana dia kelihatan tidak selesa untuk menghabiskan permainan.

“Namun, selepas itu dia tidak berasa begitu baik, jadi kita perlu lihat sama ada dia boleh pulih dengan cepat.

“Cuma, saya yakin dengan skuad yang kita miliki dan harap pemain yang diperlukan berada dalam keadaan cergas dan bersedia untuk mengharungi perlawanan penting selepas ini,” katanya.

Saliba sebelum ini juga pernah mengalami kecederaan buku lali ketika sesi pemanas badan menentang Liverpool di Anfield pada Ogos terlepas enam aksi EPL bersama The Gunners. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN