fbpx
Mojtaba Khamenei - Wikimedia Commons

Anak lelaki Khamenei cedera, jadi sasaran seterusnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Anak lelaki Ayatollah Ali Khamenei yang merupakan bakal pemimpin tertinggi Iran yang baharu dipercayai cedera dalam satu serangan Israel minggu lalu, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Mojtaba Khamenei, 56, dipercayai cedera dalam percubaan membunuhnya bagi Operasi Epic Fury.

Ia berlaku selepas laporan menyebut bahawa Mojtaba dipilih sebagai calon utama untuk menggantikan Allahyarham bapanya sebagai pemerintah rejim seterusnya.

Pegawai Israel dilaporkan percaya bahawa Mojtaba terselamat daripada percubaan pembunuhan awal minggu lalu, namun beliau mengalami kecederaan.

Dalam serangan berasingan, Amerika Syraikat (AS) dan Israel membunuh bapanya, Khamenei dan sekurang-kurangnya 40 pegawai kanan rejim yang lain minggu lalu.

Isteri Mojtaba, Zahra Haddad Adel, turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Walaupun bakal menjadi pemimpin Iran seterusnya, beliau tidak pernah dilihat sejak pembunuhan Khamenei.

Ulama radikal itu telah dipilih sebagai calon utama untuk pemimpin tertinggi susulan dua mesyuarat Dewan Pakar di Iran, kata pegawai rejim kepada akhbar The New York Times. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN