fbpx
ASAP dan api menjulang dari lokasi serangan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad, Tehran hari ini. - AFP

Trump serius mahu hantar tentera darat AS ke Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON — Presiden Donald Trump menyatakan minat yang serius untuk menempatkan tentera darat Amerika Syarikat(AS) di Iran, demikian menurut dua pegawai AS seperti laporan saluran berita NBC.

Trump membincangkan idea penempatan tentera darat bersama pembantunya dan pegawai Parti Republikan di luar White House sambil menggariskan visi pasca perang untuk Iran.

Dalam visi tersebut, bekalan uranium Iran akan dikawal rapi, manakala AS dan rejim baharu Iran akan bekerjasama dalam pengeluaran minyak, seperti bentuk kerjasama antara AS dan Venezuela ketika ini, kata sumber.

Komen beliau menyatakan minat serius kepada penempatan tentera darat itu tidak tertumpu kepada pencerobohan darat secara besar-besaran, sebaliknya lebih kepada idea penempatan kontinjen kecil tentera AS yang akan digunakan untuk tujuan khusus, tambah mereka.

Mereka berkata, Trump belum membuat sebarang keputusan atau mengeluarkan arahan rasmi berkaitan kerahan tentera darat tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN