SHAH ALAM – Warna ‘teal blue’ iaitu biru kehijauan dan ‘strawberry matcha’, campuran warna merah jambu dan hijau pastel menjadi tema pilihan orang ramai untuk busana bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Tinjauan Kosmo! mendapati, rona tersebut menjadi rebutan sehingga stok pakaian berwarna teal blue semakin berkurangan selain kebanyakan saiz juga telah habis dibeli pengunjung. Seorang peniaga, Rosnah Ismail, 55, berkata, pihaknya telah membuat persiapan awal dengan memperbanyakkan stok busana berwarna teal blue membabitkan baju kurung moden untuk dewasa…














