KUALA TERENGGANU – Umat Islam negara ini khususnya di Pantai Timur dijangka menyambut 1 Syawal dalam keadaan panas terik berikutan pertembungan penghujung Monsun Timur Laut (MTL) dan fenomena Ayunan Madden–Julian (MJO). Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, berdasarkan ramalan, cuaca panas yang sedang melanda sebahagian negara khususnya Terengganu ketika ini dijangka berlarutan sehingga minggu pertama Syawal. Jing Xiang “Kita sedang memasuki penghujung MTL yang biasanya membawa cuaca yang lebih panas…














