fbpx
GUARDIOLA mahu anak-anak buahnya bangkit ke prestasi sebenar menentang Newcastle awal pagi esok. - AFP

Man. City tak kisah hilang EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan, pasukan itu tidak hanya memberikan tumpuan kepada perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas diikat 2-2 ketia menentang Nottingham Forest kelmarin.

Sebaliknya, The Citizens masih memiliki banyak pertandingan lain untuk direbut, termasuk saingan Piala FA di mana mereka akan bertemu Newcastle United pada pusingan kelima di St. James Park awal pagi esok.

Guardiola berkata, beliau tidak memberikan fokus kepada sesuatu perkara selain menganggap anak-anak buahnya sedia menebus kekecewaan dengan meneruskan kemaraan dalam saingan Piala FA itu.

“Seperti biasa, pemain-pemain saya akan muhasabah diri setiap kali berdepan keputusan mengecewakan, jadi ia bukan satu perkara baharu. Sekarang kami berada dalam persiapan untuk aksi menentang Newcastle.

“Kami sentiasa bersaing untuk memenangi sesuatu. Ketika saya muda, kami hanya bermain untuk menjadi juara (liga) tetapi sekarang sudah ada liga, Liga Juara-Juara Eropah, Liga Europa dan Liga Konferens Europa,” katanya.

Jurulatih dari Sepanyol itu turut menjelaskan, masih ada banyak kelemahan perlu diperbaiki seandainya City mahu memenangi sesuatu pada saingan musim ini selepas mereka menampilkan aksi tidak konsisten.

“Masih ada banyak perlawanan perlu diharungi untuk baki saingan musim ini, termasuk aksi Piala FA menentang Newcastle. Ada beberapa aspek perlu diperbaiki tetapi setakat ini, ia sudah cukup memuaskan,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN