fbpx
Zambry (empat dari kiri) menyaksikan penyerahan replika cek antara Nadma dengan Pegawai Daerah Manjung pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Daerah Manjung di Lumut hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

Langkah awal bawa keluar rakyat Malaysia dari Iran dilaksana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Kerajaan sedang melaksanakan langkah-langkah awal untuk mengeluarkan rakyat Malaysia dari Iran termasuklah mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di negara Timur Tengah tersebut.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, bagi tujuan tersebut, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Luar yang bertanggungjawab mengendalikan rakyat Malaysia di negara terbabit.

“Apa pun langkah-langkah itu kita akan serahkan kepada Kementerian Luar. Sekiranya ada keperluan atau arahan dari Kementerian Luar untuk mengeluarkan pelajar-pelajar termasuk rakyat Malaysia, maka kita akan turut serta.

“Setakat ini usaha-usaha awal saya difahamkan ialah bagaimana untuk menyusun bagi mengeluarkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan berlaku krisis itu,” katanya kepada pemberita di Lumut hari ini.

Terdahulu, beliau hadir ke Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kepada 377 orang penerima di Marina Island, Lumut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN