fbpx
TANGKAP layar klip video menunjukkan letupan di sebuah pangkalan Amerika di Bahrain pada 28 Februari lalu. – AFP

Iran tidak akan menyerah kepada Israel, Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Presiden Masoud Pezeshkian berkata bahawa Iran tidak akan sesekali  menyerah kepada Israel dan Amerika Syarikat ketika perang Asia Barat memasuki minggu kedua hari ini.

“Musuh-musuh Iran harus membawa hasrat untuk menyaksikan negara ini menyerah tanpa syarat ke kubur mereka,” kata Pezeshkian  dalam ucapan yang disiarkan di  saluran televisyen Tehran.

Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari lalu dan  membunuh pemimpin tertinggi republik Islam itu,  Ayatollah Ali Khamenei dan mencetuskan konflik serantau.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel serta kepentingan AS di negara-negara serantau, terutamanya di Teluk.

Pezeshkian adalah antara tiga anggota majlis kepimpinan sementara yang bertanggungjawab ke atas Iran sejak kematian Khamenei.

Semasa ucapan itu, beliau memohon maaf kepada negara-negara jiran kerana serangan Iran di seluruh rantau itu, dengan berkata, mereka tidak akan disasarkan melainkan serangan bermula dari negara-negara tersebut.

“Saya mesti memohon maaf bagi pihak saya sendiri dan bagi pihak Iran kepada negara-negara jiran yang diserang oleh Tehran.

“Majlis kepimpinan sementara bersetuju semalam bahawa tiada lagi serangan akan dibuat ke atas negara-negara jiran dan tiada peluru berpandu akan dilancarkan melainkan serangan ke atas Iran berasal dari negara-negara tersebut,”. AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN