PETALING JAYA – Konflik berpanjangan di Asia Barat berpotensi memberi tekanan besar kepada ekonomi Malaysia khususnya melalui kenaikan harga minyak dunia dan kos sara hidup rakyat. Lebih membimbangkan juga, ia turut memberi kesan kepada inflasi dan kenaikan harga barang dalam tempoh enam bulan akan datang. Mendedahkan perkara itu, Pakar Ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai, walaupun Malaysia tidak bergantung secara langsung kepada negara yang terlibat dalam konflik untuk bekalan makanan, kesan tidak langsung melalui lonjakan harga minyak global boleh memberi impak…














