fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Urfvfnaa di laman Threads.

‘Sebab inilah aku takut beli makanan dekat bazar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut selepas mendakwa menemui seekor ulat di dalam makanan yang dibelinya di bazar Ramadan, sekali gus membuatkan dia berasa serik untuk membeli juadah di situ.

Menerusi satu hantaran di platform Threads oleh @Urfvrnaa, dia berkongsi video menunjukkan hidangan laksa yang di dalamnya kelihatan seekor ulat kecil bersama daun limau purut dan hirisan bawang.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana menyedari kewujudan ulat tersebut sebelum sempat menjamah makanan berkenaan.

“Nasib baik aku nampak. Yaa Allah, sebab nilah aku takut beli makanan dekat bazar,” ujarnya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang turut berkongsi pandangan masing-masing di ruangan komen, termasuk menjelaskan bahawa ulat berkenaan biasanya terdapat pada daun limau purut atau daun herba tertentu.

Seorang pengguna, @Sarinizainal, berkata ulat tersebut memang sering ditemui pada daun limau purut atau daun selasih dan pernah berdepan situasi sama ketika memasak.

“Ulat ni memang ‘favourite’ dia di daun limau purut, basil. Pernah je masak, siap tumis, letak dalam pinggan tapi dia masih hidup,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @Uzaihasra, berpendapat penemuan ulat itu mungkin menunjukkan sayur yang digunakan tidak disembur racun perosak.

“Ni tak apa, angkat dan boleh letak dekat pokok luar. Ini bermakna sayur yang diguna tu tak ada ‘pesticide’, baguslah,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN