fbpx
Micky van de Vin dilayangkan kad merah pada aksi awal pagi tadi.

EPL: Tottenham berisiko tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Igor Tudor mula merasai tekanan dalam misinya menyelamatkan pasukan tidak tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Spurs kini merekodkan kekalahan kelima berturut-turut selepas tunduk 1-3 kepada Crystal Palace di depan penyokong sendiri awal pagi tadi.

Ia sekali gus menyaksikan mereka kini hanya mengutip 29 mata, lebih satu mata sahaja dengan zon penyingkiran.

Walaupun mampu bermain baik di pertandingan lain, Spurs seakan dihimpit masalah prestasi di pentas EPL apabila belum mencatat sebarang kemenangan liga sepanjang 2026.

“Kami perlu berhenti bercakap tentang tekanan. Ini bukannya topik yang saya mahu bercakap dan saya tidak akan bercakap lagi tentang tekanan,” kata Tudor ketika ditanya mengenai tekanan dihadapinya ketika ini.

Bagaimanapun, Tudor menjelaskan beliau masih dapat melihat usaha yang ditunjukkan oleh para pemainnya dan ada beberapa situasi menarik sepanjang babak kedua.

“Di babak kedua, kami mencuba dan kita lihat ada perkara menarik yang berlaku namun kami tidak mampu melakukannya dengan lebih baik. Sudah pasti semua orang sedang merasa kecewa.

“Kami perlu terus berdiam diri dan kekal bekerja dan terus yakin dengan apa yang kami lakukan. Mungkin ia kedengaran janggal namun itulah yang perlu kami lakukan,” katanya.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN