GEORGE TOWN – Ramai pasangan suami isteri bercerai selepas Aidilfitri, antaranya disebabkan tekanan membuat persediaan menyambut hari raya sehingga membawa kepada keganasan dalam rumah tangga. Peguam sivil dan syarie merangkap Timbalan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhammad Hariz Md. Yusoff berkata, pendaftaran perceraian di Mahkamah Syariah kadangkala mencatatkan peningkatan selepas raya. Katanya, ia seolah-olah menjadi satu trend yang membimbangkan. “Tekanan fizikal bukan ‘lesen’ untuk si suami bertindak kasar terhadap isteri. Alasan hilang pertimbangan akibat lapar, dahaga atau letih berpuasa……














