SELEPAS membaca laporan Kosmo! mengenai sikap orang ramai yang meninggalkan bekas minuman di atas tembok di hadapan kedai di Bangi Sentral baru-baru ini, saya menelusuri tempat yang sama pada malam minggu lalu dan ternyata keadaan masih tidak berubah. Dalam hati terbit rasa geram dan marah. Mengapa tak reti nak buang sampah sendiri? Tak kan itu pun tak tahu? Tak kan tidak ada rasa bersalah? Itu belum lagi puntung rokok yang bertaburan. Walaupun saya pun merokok tetapi sakit mata tengok puntung……














