fbpx
Operasi itu mendapati terdapat kes tinggal lebih masa serta penyalahgunaan pas lawatan untuk bekerja sebagai pelayan di premis hiburan.

Masuk Malaysia konon jadi amah tetapi kerja GRO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya membongkar kegiatan penyalahgunaan pas serta manipulasi sistem permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) secara dalam talian melalui dua Operasi Khas secara berasingan pada 2 dan 3 Mac di negeri Johor.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, melalui operasi itu juga pihaknya menahan 16 warganegara asing serta satu warganegara tempatan.

Beliau berkata, operasi itu digerakkan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat
Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Negeri Johor hasil risikan terperinci dan pemantauan berterusan antara selama dua bulan menggunakan pendekatan smart enforcement.
“Dalam operasi pertama pada 2 Mac lalu sekitar Taman Setia Tropika, Johor Bahru, pasukan operasi telah menahan 11 warganegara asing terdiri daripada lapan perempuan warganegara Thailand, dua perempuan warganegara Vietnam dan seorang lelaki warganegara Vietnam.

“Semakan awal mendapati terdapat kes tinggal lebih masa serta penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) kategori PRA untuk bekerja sebagai pelayan di premis hiburan,” katanya.

Zakaria berkata, pasukan operasi turut menyita pasport asing, peralatan rakaman digital, telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM3,025 yang dipercayai hasil kegiatan tersebut.

“Premis berkenaan dipercayai menawarkan khidmat pelayan warga asing dengan bayaran serendah RM250 dan telah beroperasi kira-kira satu tahun.

“Seterusnya dalam operasi kedua pada 3 Mac di sekitar Batu Pahat, Skudai dan Johor Bahru, JIM berjaya menumpaskan sindiket yang menyalahgunakan kemudahan permohonan Sistem Maid Online (SMO),” katanya.

Katanya, seramai lima wanita warganegara asing ditahan terdiri daripada empat warganegara Vietnam dan satu warganegara Indonesia.

“Turut ditahan seorang lelaki warganegara tempatan yang dipercayai dalang utama sindiket.

“Siasatan mendapati sindiket ini mengemukakan maklumat dan dokumen yang disyaki palsu untuk mendapatkan kemudahan PLKS kategori PRA bagi individu yang tidak
memenuhi syarat kelayakan,” katanya.

Katanya, sindiket ini dipercayai mengenakan bayaran RM6,000 bagi setiap individu.

“Kes disiasat di bawah peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 termasuk Seksyen 6(3), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 56(1)(k).

Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika, Johor untuk tindakan lanjut, manakala beberapa warganegara tempatan telah diberikan Notis untuk hadir membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN